Penyakit kencing manis adalah satu keadaan dimana terdapat kadar gula yg berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yg diperlukan untuk menukar gula menjadi tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yg dihasilkan oleh organ yg dipanggil pankreas terletak di bahagian bawah perut.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugasan harian drpd makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yg dipanggil karbohidrat ditukar kepada bahan gula yg dipanggil glukos dan masuk ke saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yg memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula dlm darah untuk memasuki sel2 badan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Bagi yang menghidap kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yg dikeluarkan tidak dpt bertindak seperti biasa.
Alibatnya, glukos atau gula tidak dpt memasuki sel2 badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yg berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya penyakit ini dikenali sbg kencing manis. Tanpa insulin, sel sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan dan kekurangan tenaga.
No comments:
Post a Comment