I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 20, 2010

JANTUNGKU TERSAYANG TERUSKAN BERDENYUT

JANTUNG
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10000liter darah sehari . Jantung yang sehat juga akan berdenyut kira2 100,000 kali sehari iaitu antara 6o hingga 80 kali seminit.
PENYAKIT JANTUNG
Seorang individu boleh menghidapi 2 jenis penyakit jantung iaitu :-
*penyakit jantung kongenital : seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung
* bukan jantung kongenital : terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti jantung koronari.
SERANGAN JANTUNG
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan akan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

No comments:

Post a Comment

AL JABBAR HEALTHCARE SDN BHD

My photo
KAJANG, Malaysia
MENAWARKAN PRODUK ALTERNATIF UNTUK KESIHATAN. PRODUK BERASASKAN TERAPI ARUS ELEKTROSTATIK SEBESAR 9000vlt DAPAT MEMBERSIHKAN SEGALA SUMBATAN DALAM SALURAN DARAH ANDA!!!!

I made this widget at MyFlashFetish.com.